Artikel

MYAirline Sasar IPO Menjelang 2026

Setakat separuh pertama 2023 ini, sejumlah 16 syarikat telah diumumkan Bursa Malaysia memasuki pasaran tawaran awam permulaan (IPO) – mengikuti kerancakkan itu syarikat penerbangan baharu MYAirline merancang akan memasuki IPO dalam tempoh 3 tahun mendatang. 

Meskipun akui sasaran tersebut masih terlalu awal dan memiliki cabaran, MYAirline bertindak mengukuhkan prestasi mereka pada keperluan perkhidmatan. Antaranya memajak 17 pesawat Airbus A320-200 dan merancang penyewaan 20 pesawat kecil pada akhir 2023 kelak. Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 100 pesawat baharu hasil kerjasama Airbus dan Boeng telah dilaksanakan untuk tempahan operasi. 

Sementara berhubung laluan operasi pula, tumpuan akan diberikan pada permintaan di rantau Asia Tenggara – ini meliputi Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Buat masa ini usaha mencapai kelulusan bersama pengawalselia sedang dilaksanakan operasi. Usaha perluasan ke pasaran Asia Timur juga dijangka akan dapati laksanakan pada awal 2024..

Secara menyeluruh, bagi 6 bulan pertama 2023 ini – MYAirline telah menerbangkan lebih 1 juta penumpang bersama perkhidmatan mereka dan menjangkakan dapat mencapai jumlah 2 juta penumpang pada awal tahun 2024 kelak.