Artikel

Geely Rancang Labur $10 Bilion Di Malaysia

Firma automotif China, Geely – Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd ketika ini memiliki hasrat untuk laksana pelaburan tambahan sebanyak $10 bilion di Malaysia – bagi membangunkan industri automotif di Tanjung Malim, Perak. 

Menerusi komitmen tersebut menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka ia berpotensi menghasilkan pelbagai peluang pekerjaan di samping merancakkan lagi arena automotif negara pada pasaran serantau. 

Untuk makluman, sebelum ini Geely telah bersetuju laksana pelaburan berjumlah RM30 bilion bagi memperkasakan lagi ekosistem penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Kini dengan penambahan peruntukan ia akan meluaskan penerokaan peluang perniagaan antara kedua automotif negara. 

Selain Geely, PM Anwar turut memaklumkan Saudi Aramco iaitu firma minyak dan gas global kini turut berhasrat jadikan Malaysia selaku hab perkembangan minyak dan gas di Asia Tenggara.