Artikel

Jualan Runcit, Borong Malaysia Kini Semakin Meningkat – Catat RM138 Bilion 

Aliran perdagangan borong dan runcit negara kini dilihat kekal memaparkan prestasi positif, meskipun berdepan tekanan kos pasaran apabila setakat Mei 2023 berjaya mencatatkan peningkatan 6.6% kepada RM138 bilion.

Prestasi ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didorong hasil lonjakan jualan kenderaan bermotor yang meningkat 22% (RM3.1 bilion) kepada RM17 bilion. Disusuli perkembangan pasaran runcit yang menikat 5% kepada RM58.8 bilion dan borong pula naik 4.4% kepada RM62.2 bilion.

Tidak hanya itu, nilai jualan ini turut disumbang oleh peningkatan permintaan aliran runcit pada kedai bukan pengkhususan (8.4%), runcit makanan, minuman dan tembakau (10%), jualan bukan di kedai, gerai pasar (6%). Sementara untuk aliran borong pula jualan bahan mentah turut meningkat 7.5%.