Artikel

KWSP Rancang Perkenal Akaun 3, Bolehkan Ahli Keluarkan Caruman Secara Fleksibel

Dalam tempoh 2 tahun mendatang, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang perkenalkan Akaun 3 buat pencarum baharu.

Pengenalan akaun ini difahamkan adalah tertumpu kepada pencarum yang lahir pada 2010 dan ke atas, di mana ia membolehkan kumpulan ini laksana pengeluaran dana secara fleksibel tanpa mengira masa. 

Buat pengetahuan umum, ketika ini rakyat Malaysia boleh membuka akaun KWSP seawal usia 14 tahun, ini selari dengan rancangan pelaksanaan tersebut. 

Cadangan ini menurut KWSP pada laporan sidang maya berhubung Pendapatan Persaraan hari ini, dimaklumkan akan membolehkan keperluan tunai pencarum dipenuhi susulan ketika ini didapati 50% isi rumah Malaysia tidak memiliki simpanan RM1,000 untuk menampung isu kecemasan. 

Pada Akaun 3 tersebut, disasarkan peruntukan caruman antar 5% hingga 10% akan dikreditkan secara automatik. Seperti yang umum ketahui, ketika ini 70% caruman dimasukkan ke dalam Akaun 1 diikuti 30% pula ke Akaun 2. 

Berdasarkan tindakan itu, dijangka pengenalan Akaun 3 ini turut akan membawa kepada peningkatan peratusan caruman ke Akaun 1. Secara langsung peratusan caruman Akaun 2 akan alami penurunan rentetan peralihan ke Akaun 3. Adanya pelarasan naik peratusan Akain 1, ini akan membantu pencarum meraih simpanan persaraan yang lebih baik pada masa hadapan. 

Susulan itu penawaran dividen Akun 3 akan menjadi lebih rendah berbanding Akaun 1 dan Akaun 2.