Terdapat 24 buah bank pusat dalam kalangan negara membangun dan ekonomi maju dijangka bakal miliki mata wang digital bank pusat (CBDC) menjelang akhir 2030 ini.
Pemerhatian di bawah tinjauan Bank Penyelesaian Antarabangsa (BIS) ini bersama 86 buah bank pusat mendapati ketika ini rata-rata bank pusat di seluruh dunia sedang mengkaji dan mengusahakan penerapan mata wang digital bagi kegunaan pasaran runcit mereka seiring dengan penurunan penggunaan tunai yang berlaku pada sektor swasta.
Berdasarkan proses semasa mengikut laporan Reuters, dimaklumkan Bank Negara Switzerland kini telah mengeluarkan CBDC di bursa digital , diikuti Bank Pusat Eropah akan memulakan ujian rintis euro digital dan dijangka dilancar pada 2028.
Sementara, China pula telah mencapai penyertaan 260 juta rakyatnya pada ujian rintis mata wang digitalnya iaitu e-CNY. Dan India dan Brazil pula merancang untuk melancarkan mata wang digital mereka pada tahun hadapan.