Artikel

Carsome, PolicyStreet Sedia Perlindungan Kereta Buat Pengguna – Meliputi Kemalangan Dan Pinjaman

Memahami sekitar 30 juta rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki sebarang insurans, CARSOME, platform jualan kenderaan terpakai di Asia Tenggara kini meningkatkan akses faedahnya kepada pengguna – apabila melancarkan pelan perlindungan bersama PolicyStreet di bawah CARSOME Care+ bagi pengguna yang laksana permohonan pinjaman kereta pada CARSOME Capital. 

Menerusi manfaat baharu ini, para pelanggan bagi setiap pembelian kenderaan yang diperakui CARSOME boleh meraih pelindungan secara percuma selama setahun tanpa sebarang kos tambahan. Ini termasuklah pelindungan melibatkan kemalangan diri sehingga RM10,000 sekirannya berdepan berdepan isu kematian kesan kemalangan atau hilang upaya kekal. 

Selain itu, dengan jangkaan sekitar 60,000 pekerjaan berisiko pada tahun 2023 – CARSOME turut tampil dengan sokongan perlindungan pinjaman sekiranya para pengguna berdepan isu pengangguran. Di mana CARSOME Car+ akan lindungi bayaran pinjaman kereta RM1,000 sebulan selama tempoh 6 bulan. Diikuti perlindungan melibatkan kecurian, kerosakan tanpa sengaja perlindungan kunci pintar serta pelbagai lagi. 

Untuk ketahui manfaat lanjut, semua pihak boleh merujuk pada ketersediaan pelindungan di bawah CARSOME dan PolicyStreet di pautan rasmi CARSOME Care+.