Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kini dikekalkan pada paras 3.00%.
Kesepakatan ini dicapai hasil persidangan menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini OPR telah dikekal pada paras 2.75% sejak November 2022, Januari 2023 dan Mac 2023. Namun bagi menyeimbangkan tekanan inflasi semasa – aliran ini mula dinaikkan pada Mei dan kini dikekalkan untuk kesejahteraan semua pengguna.
Ketika ini dilihat ekonomi negara semakin berkembang dengan lebih sederhana dan diakui ia didorong aliran eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan, seperti yang dijangka. Setakat ini BNM menyasarkan pertumbuhan negara akan terus meluas hasil permintaan dalam negeri yang dilihat kekal berdaya tahan. Manakala perbelanjaan isi rumah pula dilihat terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri.
Sementara aliran inflasi pula kelihatan semakin mereda kepda 2.8%, diikuti pasaran pekerjaan yang lebih baik berikutan kadar pengangguran terus menurun. Lebih menarik aliran kemasukan pelancong ke Malaysia juga semakin membrangsangkan dan disasarkan tahun ini seramai 16.1 juta pelancong luar negara akan diraih.
Maka melalui pengekalan ini, BNM menjelaskan pelarasan tersebut adalah bersesuaian untuk mengimbangi tekanan kos semasa dan menjamin pertumbuhan domestik yang lebih mampan. Adanya kesepakatan ini ia dilihat akan terus menyokong pendirian dasar monetari negara dan MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.
The Monetary Policy Committee (MPC) of Bank Negara Malaysia decided to maintain the Overnight Policy Rate (OPR) at 3 percent.
You can find the Monetary Policy Statement from the Monetary Policy Committee (MPC) on the BNM website. pic.twitter.com/jP7jmaIqMq
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) July 6, 2023