Sekiranya ASEAN perlukan sekitar $7 trilion atau $220 bilion setiap tahun bagi tempoh 2018-2050 untuk pelaburan pada peralihan tenaga bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih – pada langkah dan tempoh yang sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula dianggarkan perlu memiliki sekitar RM450 bilion modal (Capex) untuk merealisasikan matlamat tersebut dalam meneruskan agenda Peralihan Tenaga Bertanggungjawab syarikat bagi pasaran Malaysia.
Mengikut aturan tahun lalu, TNB akan bertindak melabur sekitar RM20 bilion setahun dalam tempoh tersebut sehingga 2050 untuk pacu percepatkan pelan peralihan tenaganya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din pada kenyataan rasmi hari ini, jumlah perbelanjaan modal itu meliputi langkah operasi untuk optimumkan sumber, manfaatkan skala ekonomi negara serta laksana keputusan tenaga yang lebih mampan untuk menjayakan langkah peralihan tenaga di negara ini.
Adanya usaha pentadbiran memacu peralihan tenaga ini, ia dijangka dapat mengukuhkan lagi keterjaminan bekalan tenaga di pasaran serantau.
Maka TNB melihat kerajaan wajar mengekalkan peranan dalam mewujudkan dasar yang jelas, serta sediakan pelaburan dan melaras peranan setiap sektor supaya dapat membantu kumpulan untuk memudahkan lagi proses peralihan tenaga ini berlaku.
Berdasarkan penyertaan TNB pada sidang Peralihan Tenaga Global Reuter yang berlangsung di AS, Jun lalu telah meletakkan prinsip bahawa Malaysia dan ASEAN sangat berminat untuk memperoleh faedah sama daripada perdagangan rentas sempadan seperti Eropah – di mana kerjasama serantau di sana telah mencapai anggaran 34 bilion Euro sambil membantu meredakan ketidaktentuan harga tenaga di pasaran.
Selain memacu peralihan tenaga ini, kumpulan juga turut menyasarkan pemerkasaan dalam segmen lain seperti sokongan teknologi, semakan dasar, teliti kesannya pada masyarakat serta kepentingan tindakan terhadap alam sekitar negara secara berperingkat.