Terdapat jangkaan menyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di paras 3.00% menjelang 6 Julai ini. Malah sasaran itu dijangka akan terus kekal sehingga akhir tahun 2023 ini, disokong aliran inflasi negara yang mulai menyederhana dengan paras 2.8% pada Mei lalu.
Tinjauan Reuters bersama 27 pemerhati ekonomi ini memperlihatkan – 25 ahli ekonomi menyokong bahawa paras OPR akan dikekalkan kepada 3.00%.
Sementara 3 lagi ahli ekonomi berpandangan, OPR negara akan alami peningkatan 25 mata asas (bps) sepertimana yang dijangka oleh penganalisis Bank Islam sebelum ini.
Berdasarkan kitaran inflasi, meskipun secara menyeluruh tekanan inflasi negara semakin mereda namun inflasi melibatkan keperluan makanan di rumah dan di luar rumah kekal memaparkan peningkatan lebihi 6.0%. Situasi tersebut secara langsung jelas berlakunya tekanan kos dalam kalangan pengguna. Buat pengetahuan umum, tinjauan ini telah dilaksanakan antara 27 Jun sehingga 3 Julai lalu dan difahamkan keputusan paras baharu OPR negara akan diketahui pada 6 Julai ini setelah mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mencapai kesepakatan.