Artikel

Polisi Insurans, Takaful Dijangka Naik Secara Beransur

Seiring dengan peningkatan tuntutan berhubung perubatan di negara, dijangka harga polisi insurans dan takaful di pasaran bakal alami kenaikan secara beransur.

Mengikut pemerhatian bank pelaburan AmInvestment Bank – perubahan itu cenderung berlaku pada separuh kedua 2023. Di mana tekanan kos melibatkan pembekalan ubat-ubatan serta pelarasan caj perubatan turut mendorong peningkatan harga dalam pakej pelindungan hayat pengguna di negara.

Tambahan lebih ramai pengguna mula peka akan keperluan mendapatkan rawatan dan permintaan perubatan kini semakin rancak impak fasa pandemik COVID-19 sebelum ini.

Meskipun terdapatnya peningkatan harga, bank pelaburan menjangkakan secara amnya tuntutan sedemikian dilihat akan menjadi normal susulan fasa pembukaan semula ekonomi ketika ini. Dengan secara keseluruhan tuntutan insuran, takaful pada 2023 akan lebih meningkat berbanding tahun lalu.