Artikel

MyCreative Ventures Lantik Zainariah Johari Selaku CEO Baharu 

MyCreative Ventures, antara cabang pelaburan kerajaan dalam industri kreatif kini mengumumkan lantikan Zainariah Johari selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Junady Nawawi yang telah menamatkan peranan perkhidmatannya.

Peralihan ini untuk makluman berkuat kuasa mulai 2 Julai 2023.

Melalui penyertaan Zainariah, dilihat akan merancakkan lagi arena kreatif negara susulan pengalamannya selama 3 dekad pada industri ini. Buat pengetahuan umum sebelum ini beliau pernah menyandang Ketua Unit Seni Warisan di Yayasan Hasanah selama 7 tahun, dan turut bergiat aktif dalam menjayakan Geran Khas Hasanah ArtsFAS.

Aturan itu antara yang memberi kesan kepada seniman negara dan membuka pelbagai peluang pekerjaan dalam industri kreatif. Selain penglibatan itu, Zainariah juga antara usahawan kandungan kreatif dan pernah mengungguli jawatan selaku CEO di Asia Pasific Videolab selama lebih 12 tahun.