Bersempena Hari Raya Haji pada Khamis ini, pentadbiran kerajaan Selangor kini telah bersetuju memberi pelepasan tambahan kepada penjawat awam Selangor pada hari berikutnya iaitu Jumaat, 30 Jun 2023.
Kemudahan ini menurut kerajaan negeri adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951(Akta 369) buat semua penjawat awam di Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sahaja.
Sementara badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri serta pihak swasta pula tertakluk kepada arahan majikan masing-masing di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265).