Prestasi bagi 3 bulan pertama untuk tahun 2023, menyaksikan pelancongan domestik negara kini semakin memulih apabila berjaya merekodkan penghasilan RM19.2 bilion iaitu melonjak 47% berbanding suku tahunan sebelum ini.
Kenaikan perolehan pada suku pertama 2023 ini dilihat telah didorong hasil peningkatan ketara pada jumlah pelawat domestik. Setakat ini didapati seramai 48.6 juta pelawat domestik telah melancong ke destinasi tempatan. Jumlah ini telah meningkat 33.7%.
Sementara prestasi pada tahun 2022 secara menyeluruh pula turut menunjukkan ketibaan pelawat domestik di Malaysia telah meningkat 160.1% dengan seramai 171.6 juta pelawat direkodkan. Pertambahan pelancong domestik sejak tahun lalu ini telah berjaya membawa hasil Malaysia kepada RM64.1 bilion. Jumlah ini adalah melibatkan perbelanjaan di destinasi domestik sahaja.
Berdasarkan perincian, perolehan terrsebut dicetuskan hasil tabiat berbelanja membeli-belah yang semakin meningkat sebanyak 38.9%, diikuti perbelanjaan pada jualan makanan dan minuman naik 15.2%, khidmat pengangkutan (11.1%) dan penggunaa bahan api (13.8%).
Melihat pada peningkatan pelancongan domestik, didapati Selangor menjadi destinasi piluhan dengan 22 juta pelawat, Kuala Lumpur (16.9 juta) dan Sarawak (15.5 juta).
