Artikel

KPDN Sasar Perkenal Perbankan Rahmah

Setelah menerapkan inisiatif Rahmah di pelbagai industri meliputi makanan, perkhidmatan, serta jualan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini dalam perancangan meluaskan agenda tersebut kepada segmen pembiayaan perbankan.

Dimaklumkan perancangan tersebut telah dibawa kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan bakal mengatur pertemuan bersama beberapa tokoh perbankan untuk tindakan lanjut.

Sekiranya usaha ini dapat direalisasikan, KPDN menjangkakan segmen Perbankan Rahmah dapat ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Ini bermakna akan terdapatnya penawaran skim pembiayaan yang berpatutan untuk masyarakat negara.