Artikel

Mulai 26 Jun E-Tunai Belia Rahmah RM200 Boleh Dituntut – Menerusi Boost, Setel Dan TNG eWallet

Sebagaimana yang dijanjikan pada agenda Belanjawan 2023, kini dimaklumkan agihan RM200 E-Tunai Belia Rahmah akan dilaksanakan bermula 26 Jun ini.

Usaha tersebut dimaklumkan akan beri manfaat kepada 2 juta golongan belia yang layak dan berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun atau berstatus aktif selaku pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia.

Melalui agihan itu ia tidak sekadar meringankan bebanan kewangan golongan muda dan merancakkan aliran perbelanjaan negara tetapi turut dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Agihan tersebut diperincikan akan diagihkan daripada 3 penyedia dompet digital secara kredit e-tunai iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Susulan itu, semua kumpulan belia berkaitan boleh mendaftar pada salah satu penyedia dompet digital tersebut dan menuntut agihan kredit mulai 26 Jun sehingga 22 Ogos, manakala kredit serta manfaat daripada penyedia dompet digital terlibat boleh dibelanjakan secara offline sehingga 31 Ogos kelak.

Difahamkan pada agihan tersebut, perkhidmatan dompet digital terlibat turut akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai serta diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh tersebut.

Ini senarai golongan belia terlibat:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara institusi TVET
  • Pengajian AsasĀ (Foundation)/Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia