Artikel

Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) – Kini Bolehkan Orang Awam Mohon Dana Baik Pulih Projek Kecil

Bagi memudahkan orang awam, persatuan penduduk, wakil rakyat dan organisasi tertentu mendapatkan dana untuk menyelesaikan projek kecil atau infrastruktur kecil awam – Kementerian Ekonomi kini melancarkan Insiatif Kemudahan Rakyat (IKR) iaitu platform yang membolehkan semua pihak memohon dana secara terus daripada Kementerian Ekonomi. 

Di bawah kemudahan IKR ini, para pemohon boleh laksana permohonan dana sehingga RM200,000 sahaja untuk tempoh projek kecil berskala 2 hingga 3 bulan sahaja. Ini kerana Kementerian Ekonomi ingin memastikan penyelesaian projek atau infrastruktur kecil ini dapat memberi kesan yang pantas kepada rakyat negara. 

Secara menyeluruh, jumlah kerajaan telah memperuntukan RM500 juta kepada semua pihak dii seluruh negara. Susulan itu, pihak Kementerian Ekonomi menggesa orang awam untuk terus mendaftar sekiranya terdapat keperluan dana di pautan Insiatif Kemudahan Rakyat (IKR) ini. 

Pada perincian lanjut, segala permohonan akan disemak pihak kementerian dan selanjutnya diluluskan jeoada agensi pelaksana terpilih. Ia melibatkan agensi seperti DBKL, PBT, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Pihak Berkuasa Koridor – tertakluk kepada kawasa para pemohon.