KidZania Singapura yang sebelum ini di bawah sokongan dana Khazanah Nasional, di maklumkan telah lalui proses penjualan pada harga serendah SG$110,000 iaitu RM379,740 kepada pengendali taman tema, Sim Leisure Group.
Tindakan itu secara langsung dilihat tidak seimbang dengan suntikan modal yang dilaksanakan ketika pelaksanaan KidZania Singapura pada 2016 oleh Khazanah dan Boustead Holdings iaitu berjumlah SG$48 juta bersamaan lebih RM165.5 juta.
Susulan tindakan tersebut, kerajaan memaklumkan penelitian isu penjualan ini akan disemak bersama pihak pengurusan Khazanah Nasional dalam tempoh terdekat.
Buat pengetahuan umum, sejak tahun 2019 lagi KidZania Singapura berdepan isu hutang kepada lebih 1,000 perniagaan dan agensi kerajaan Singapura. Antaranya merangkumi Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Sentosa Development Corp (SDC) dan Themen Attractions Resorts & Hotels Sdnn Bhd – iaitu anak syarikat Khazanah.