Artikel

Lebuhraya SUKE Fasa 2 Dibuka Bermula 12 Tengah Malam Ini – Tol Percuma 2 Minggu

Kementerian Kerja Raya kini mengumumkan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa kedua kelak akan dibuka untuk akses para pengguna mulai 12.01 tengah malam ini, 16 Jun 2023.

Buat pengetahuan umum, lebuh raya yang melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer ini akan memperlihatkan laluan dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) sehingga Persimpangan Cheras-Kajang.

Pada pembukaan tersebut, para pengguna lebuh raya akan nikmati penawaran tol percuma selama 2 minggu sehingga 29 Jun ini bagi laluan Plaza Tol Alam Damai. Melalui pembukaan ini secara jelas ia telah melengkapkan matlamat Lebuhraya SUKE yang bertujuan mengurangkan kepadatan trafik terutamanya pada laluan sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Adanya sokongan lebuhraya ini, ia disasarkan dapat memendekkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit berbanding laluan kebiasaan sekitar 75 minit.

Buat pengetahuan umum, melalui kemudahan ini Lebuhraya SUKE turut menjadi rangkaian lebih raya yang menghubungkan 5 lebuh raya lain seperti :

  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  • Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak