Artikel

Nilai Ringgit Kembali Naik

Berlakunya peningkatan harga minyak dikala nilai dolar Amerika Syarikat (AS) sedikit menurun, dilihat telah membantu meningkatkan semula nilai Ringgit – apabila pada jam 9 pagi ini ia dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS. 

Aliran positif itu dilihat apabila Ringgit menambah nilai kepada 4.6000/6050 brbanding dolar AS daripada penutupan semalam sekitar 4.6055.6100. 

Meskipun perubahan ini memberi gambaran positif namun perlu diakui nilai mata wang tempatan kekal dijangka lemah dalam tempoh terdekat. Situasi ini berlaku susulan tindakan pelabur yang laksana langkah berhati-hati sementara menanti penilaian terkini Rizab Persekutuan (Fed) AS berhubung pelarasan kadar faedah kelak. 

Mengikut laporan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) terdapat potensi kadar faedah tersebut akan terus meningkat.

Buat pengetahuan umum, tidak hanya nilai Ringgit Malaysia yang menyusut tetapi unit mata wang negara lain juga turut terkesan akan pelarasan kadar faedah di AS.