Dalam meningkatkan kesedaran serta kepentingan kebajikan kalangan warga emas dan ibubapa di Malaysia, pentadbiran pada tahun 2024 dijangka akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas untuk melindungi hak kumpulan berusia di negara.
Setakat ini, sebuah pasukan khas telah dilantik bagi merangka serta menyesuaikan keperluan undang-undang tersebut pada perundangan negara. Berdasarkan perincian, RUU sedemikian meliputi hak asasi warga emas, sistem sokongan buat mereka serta melindungi hak kebajikan mereka daripada ditindas oleh mana-mana pihak.
Ini turut merangkumi perundangan ke atas anak-anak yang tidak bertanggungjawab ke atas ibubapa mereka. Kementerian turut memaklumkan, pihaknya terbuka akan sebarang cadangan orang awam untuk menambah-baik semakan RUU tersebut.
Selain terbuka akan cadangan awam, proses merangka RUU warga emas ini turut dilaksanakan berpaksikan data perbandingan dengan negara Asia lain – antaranya Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia dan India.