Berbanding negara ASEAN yang lain, hasil kutipan cukai Malaysia dilihat masih rendah susulan duduki tempat terendah pada kelompok Asean-5 dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Kenyataan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ini memperincikan setakat 2021 – hasil cukai negara telah menyumbang sekitar 11% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Angka ini wajar dipertingkatkan melalui langkah tingkatkan hasil negara pada jangka sederhana (MTRS). Susulan terdapat cadangan untuk kerajaan pertimbangkan pengenalan ukai karbon – yang dijangka dapat menyumbang sekitar 1.0-3.0% daripada KDNK negara setahun menjelang tahun 2030 kelak.
Agenda itu sekaligus akan membantu negara menyeimbangkan perolehan hasil secara berperingkat. Seperti yang umum ketahui, ketika ini negara tidak miliki perancangan untuk mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) – maka asas mengerakkan sumber hasil negara kini masih tiada.
Selain mewujudkan strategi menambah hasil negara, IMF turut menyarankan agar dasar monetari Malaysia diperketatkan bagi memastikan pendirian negara kekal neutral. Di samping Bank Negara Malaysia (BNM) perlu beri penerangan jelas berhubung setiap keputusan dasar yang dicapai, bagi memastikan orang awam memahami kesan disebalik tindakan tersebut pada pasaran negara.
Secara menyeluruh IMF meletakkan sasaran, tahun ini pertumbuhan negara akan lebih sederhana dengan perkembangan 4.5% – susulan tekanan ekonomi global ia berpotensi menjejaskan perkembangan negara. Antaranya melibatkan isu geo-ekonomi. geopolitik, ketegangan perdagangan, aliran bekalan serta ketidakseimbangan kos.