Artikel

TNB Untung RM1 Bilion – Kesan Jualan Elektrik Lebih Tinggi

Prestasi 3 bulan pertama yang berakhir pada 31 Mac lalu, menunjukkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencapai aliran yang lebih baik apabila keuntungan bersihanya naik 12.2% kepada RM1 bilion. 

Angka ini meningkat berbanding suku pertama tahun lalu yang mencatatkan keuntungan berjumlah RM893.10 juta. 

Lonjakan ini menurut makluman Bursa Malaysia, didorong peruntukan cukai lebih rendah susulan penggunaan insentif elaun pelaburan semula lebih tinggi. Diikuti berlakunya jualan elektrik lebih tinggi dicatatkan. 

Selain keuntungan bersih, pendapatan kumpulan turut meningkat 3.9%. Menghasilkan pendapatan kepada RM12.62 bilion berbanding sebelum ini sekitar RM12.15 bilion.