Artikel

Mulai 1 Jun – Ipoh Kuat Kuasa Tiada Beg Plastik Setiap Hari Sabtu 

Seiring dengan gagasan kelestarian negara untuk menamatkan penggunaan beg plastik menjelang 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kelak akan laksana Kempen Tanpa Beg Plastik di bandar tersebut pada setiap hari Sabtu bermula 1 Jun ini.

Setiap penggunaan beg plastik akan dikenakan caj RM0.20 sen.

Usaha ini akan melibatkan penyertaan 1,378 premis meliputi pasar raya, pasar raya besar, restoran makanan segera, kedai serbaneka, farmasi serta kedai rangkaian pelbagai produk. Bagi mana-mana premis yang mengenakan caj 20 sen pada pengguna untuk setiap penggunaan beg plastik dimaklumkan akan menerima Sijil Peryertaan Premis Hari Tanpa Beg Plastik Percuma.

Sementara premis yang tidak bekalkan penggunaan beg plastik pula difahamkan akan menerima sijil Premis Bebas Beg Plastik.

Melalui penerimaan itu, setiap premis perlu memaparkan perolehan sijil tersebut pada operasi perniagaan mereka. Langkah ini sekaligus membantu pentadbiran negeri meningkatkan lagi usaha kesedaran bersama orang awam.

Lebih menarik, kutipan caj penggunaan beg plastik tersebut akan disalurkan kepada peruntukan bandaraya untuk laksana pelbagai aktiviti kelestarian kepada masyarakat negeri.