Berjaya Land melalui unit perniagaan rel Berjaya Rail kini dalam usaha meneroka segmen kereta api yang kini tertumpu kepada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Dalam kenyataan, Berjaya Land memaklumkan pihaknya akan terlibat dalam proses permintaan maklumat oleh MyHSR Corp iaitu syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Sekiranya penyertaan itu direalisasikan, ini akan perlihatkan pembekalan, pemasangan serta penyelesaian teknikal pada pembangunan tren.
Selain Berjaya, didapati mengikut laporan terdapat beberapa syarikat swasta menyatakan minat untuk laksana semula projek HSR. Setakat ini difahamkan penelitian tersebut masih diperigkat maklum-balas dan pembangunan tersebut perlu diteliti untuk melaraskan model dan kapasiti pembiayaan yang diguna kelak.
Buat pengetahuan umum, projek HSR sepanjang 350 kilometer ini berupaya memendekkan tempoh perjalanan pengguna dari KL ke Singapura dengan masa 90 minit sahaja, ia telahpun dicetuskan sejak Disember 2016 lagi – bagaimanapun telah ditamatkan susulan alami beberapa penangguhan pembangunan.