Artikel

PM Anwar : Guru Akan Diberi Keutamaan Naik Gaji, Elaun

Bersempena sambutan Hari Guru pada hari ini, kerajaan memaklumkan Guru akan menjadi antara kumpulan penjawat awam yang diutamakan dalam peningkatan gaji serta elaun bertugas. Tindakan ini akan dilaksanakan setelah hasil pendapatan negara bertambah-baik.

Langkah ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah tindak balas pentadbiran negara akan tanggungjawab besar yang dipikul para Guru dalam sektor pendidikan negara. 

Selain Guru Menurut laporan petugas awam lain seperti polis dan tentera turut akan diberi keutamaan untuk menambah-baik status gaji dan elaun susulan diperhatikan amaun semasa tidak mencukupi. Makluman dikongsikan ketika sambutan Aidilfitri bersama Polis di peringkat Parlimen Tangga Batu.