Artikel

Usia Pencen Kakitangan Bank Kini Naik Kepada 61 Tahun

Bagi memastikan simpanan persaraan kakitangan bank komersial terus terpelihara, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) kini memaklumkan usia persaraan wajib baharu untuk pekerja sektor ini kini dinaikkan kepada 61 tahun. 

Aturan baharu itu dimasukkan pada perjanjian kolektif yang telah dicapai bersama Persatuan Bank Komersial Malaysia. 

Lanjutan ini sekaligus membantu petugas bank komersial dalam kumpulan B40 pendapatan rendah dan M40 pendapatan pertengahan untuk memacu aliran simpanan persaraan mereka di masa tua kelak. 

Buat pengetahuan umum, mengikut laporan peringkat awal perbincangan adalah mengusulkan lanjutan usia pencen ke 65 tahun, namun atas faktor kebimbangan kesihatan setakat ini dipersetujui pada usia 61 tahun.

Selain lanjutan usia pesara, kesepakatan bersama persatuan juga turut mencapai persetujuan memberi kenaikan gaji antara 15% hingga 18%, diikuti elaun sebulan gaji perayaan serta pengecualian lebih tinggi pada pinjaman perumahan.