Elon Musk kini secara rasminya telah mengumumkan CEO baharu untuk laman sosial yang dimiliki beliau, Twitter. CEO baharu berkenaan adalah Londa Yaccarino yang sebelum ini menerajui pemasaran global di NBCUniversal.
Dengan lantikan baharu ini, Linda Yaccarino akan menguruskan operasi perniagaan Twitter, sementara Elon Musk sendiri akan menguruskan bahagian rekaan produk dan juga pembangunan teknologi baharu. Elon Musk sedia menyatakan sebelum ini, hasrat beliau dalam menjadikan Twitter sebagai sebuah aplikasi semua dalam satu, dan ini merupakan langkah awal ke arah berkenaan.
Linda Yaccarino merupakan nama yang tidak asing dalam arena pengiklanan dan pemasaran. Dengan kepakaran beliau, ia dijangka akan mengembalikan semula pelbagai jenama ke platform Twitter kembali – sekaligus membolehkan media sosial berkenaan mencapai tahap untung.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya yang akan hadir di Twitter, dan bagaimana media sosial berkenaan akan melalui fasa yang baru dibawah CEO baharu.