Artikel

CIMB Buka Cawangan Terpilih Pada Hujung Minggu Ini Dalam Mudahkan Pembukaan Akaun – Sempena ColdPlay

CIMB kini mengumumkan mereka akan membuka beberapa cawangan terpilih pada penghujung minggu ini, iaitu pada 13 Mei dan 14 Mei 2023. Dengan langkah ini, CIMB menyasarkan ramai yang akan hadir untuk membuka akaun perbankan CIMB.

Hal ini adalah selari dengan konsert ColdPlay yang akan dianjurkan di Malaysia, dan pemegang akaun CIMB akan dapat mengakses jualan awal sehari lebih awal berbanding yang lain. Ini sekaligus akan memudahkan peminat ColdPlay untuk memilih tempat duduk dan mendapatkan tiket lebih awal sekiranya miliki akaun CIMB.

Bagi anda yang berhasrat untuk membuka akaun dan menjadi pemegang kad kredit atau debit CIMB, boleh ke cawangan terpilih pada hari Sabtu dan Ahad ini, antara 9.30 pagi ke 4.30 petang.