Susulan kenaikan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00% yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal bulan ini – Standard Chartered pada tindak-balas itu kini memaklumkan akan melaras naik Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) mereka sebanyak 25 mata asas (bps) berkuat kuasa 11 Mei 2023 ini.
Ini bermakna paras SBR akan menjadi 3.00%, diikuti BR 3.52% dan BLR pula 6.70%. Pelarasan yang sama turut dikenakan ke atas Kadar Deposit Berjangka Runcit dan Deposit-i Berjangka pada tempoh yang sama dengan kenaikan 25bps.
Melalui pelarasan naik ini, dimaklumkan semua pengguna bank untuk peka akan perubakan kadar asas berkaitan pinjaman tersebut sebagai persediaan kepada perubahan nilai tunai semasa.