Indeks harga seunit bagi simen dan besi kini memaparkan peningkatan sekitar 0.3% dan 0.9% pada tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi data April 2023. Buat pengetahuan umum kenaikan kos ini didorong hasil peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global.
Meskipun kos bahan ini kekal menyaksikan peningkatan, namun kenaikan kadarnya mengikut DOSM dilihat lebih perlahan berbanding Mac lalu.
Selain simen dan besi, kenaikan kos turut berlaku pada komponen seperti pasir dan batu-bata iaitu dengan 0.5% dan 1.1%. Secara menyeluruh didapati indeks harga seunit bahan binaan pula mencatatkan kenaikan indeks antara 1.3% sehingga 8.3% bagi hampir ke semua bahan binaan kecuali pada bahan keratan keluli, logam serta besi.
Situasi ini secara jelas, peningkatan kos secara berkala akan memberi kesan kepada kumpulan pemaju dan kontraktor. Ia berpotensi membawa kepada penelitian nilai harga rumah, perkhidmatan dan penghasilan produk. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak begitu ketara berbanding kenaikan 30% yang didepani industri pada awal 2021 lalu.