Artikel

ASNB Umum Saiz Dana Amanah Saham Malaysia – Kini Ditingkatkan RM5 Bilion 

Senada dengan matlamat di bawah Belanjawan 2023, Permodalan Nasional Bhd (PNB) kini secara rasminya meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) sebanyak RM5 bilion bermula bulan 1 Mei.

Langkah ini sekaligus memperkasakan budaya menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia, di samping memberi galakan untuk memanfaatkan ASM sebagai tabungan jangka pnjang dalam mencapai matlamat pelaburan kewangan.

Peningkatan saiz dana ini untuk makluman dibuka buat seluruh rakyat Malaysia sama ada pelabur baharu mahupun pelabur sedia ada. Buat pengetahuan umum pelaksanaan pelaburan ASM ini boleh mula dilaksanakan secara atas talian melalui myASNB atau perbankan internet.

Sementara untuk pelaburan tambahan melalui kaunter fizikal boleh mula dilakukan pada hari ini (2 Mei) di kaunter cawangan ejen ASNB berdekatan.

Pada lanjutan kapasiti dana ASM itu, bermula 1 Mei sehingga 31 Julai 2023 ini juga setiap pelabur ASM akan dikenakan syarat  di mana had pelaburan tambahanakan ditetapkan sehingga RM100,000, diikuti sebarang pengeluaran tidak akan mengubah had pelaburan tambahan yang telah ditetapkan. Manakala sebarang transaksi penukaran atau pemindahan pula tidak dibenarkan.

Para pelabur jugga turut dimaklumkan boleh laksana pelaburan tambahan melalui pakej Financial Planning Solution Package (FPSP) tanpa menjejaskan sebarang had pelaburan tersebut.

Sebarang maklumat lanjut semua pihak boleh merujuk pada laman rasmi ASNB bagi tindakan seterusnya.