Ketika ini terdapat hampir 2,000 permohonan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dimaklumkan alami penangguhan bagi sekitar Lembah Klang. Permohonan yang terlibat menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) meliputi pemandu Grab yang mendaftar menerusi E-hailing Operator (EHO).
Susulan ketirisan itu, mengikut laporan MOT memberi jaminan penyelesaian permohonan lesen PSV ini akan dicapai dan selesaikan dalam tempoh seminggu selepas musim Aidilfitri kelak.
Pada masa yang sama pihak Grab serta penyedia khidmat rakan penghantar lain disarankan untuk memberi sokongan data bagi membantu MOT menyelesaikan penangguhan tersebut. Usaha bersama ini secara langsung akan meningkatkan lagi kecekapan sektor perkhidmatan.