Artikel

PLUS Jangka Trafik Sesak, 2 Juta Kenderaan Sehari Mulai 20 April Ini

Semua rangkaian lebuhraya di negara ketika ini dalam persediaan memastikan perkhidmatan berjalan lancar berikutan trafik dijangka lebih sesak menjelang hari puncak Aidilfitri kelak.

Menurut PLUS didapati sekitar 2 juta kenderaan akan memenuhi ruang lebuhraya setiap hari bermula pada 20-21 April, 24-25 April, 29 April-1 Mei dan 4-7 Mei ini.

Susulan kesesakan tersebut, semua pemilik kenderaan berkaitan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan berlakunnya kesesakan dan terperangkap dalam jangkaan lonjakan trafik.

Maka untuk melandaikan kesesakan yang bakal berlaku PLUS bersama PDRM dan JPJ akan melaksanakan pemantauan di lebuhraya sepanjang musim perayaan ini. Di samping itu turut tersedia pasukan Bantuan Kecemasan di 11 Lokasi yang terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bersama sokongan 500 petugas.

Tidak hanya itu, 269 Pasukan Peronda Lebuhraya akan tersedia di PLUS dan LT2 untuk tempoh 24 jam sehari bagi memastikan segala permasalahan berbangkit atau kecemasan berlaku dapat diatasi segera. Diikuti persediaan lebih 6,000 petugas dari keseluruhan ekosistem lebuh rayanya di plaza-plaza tol, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan laluan utama lebuh raya akan bersedia membantu pengguna lebuh raya dalam tempoh tersebut.

Oleh itu, semua pihak perlulah merancang perjalanan anda dengan baik dan memastikan setiap pas tol ditambah-nilai dengan secukupnya. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman rasmi PLUS Malaysia.