Artikel

PTPTN Isytihar Dividen Simpan SSPN 3.05%

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2022 adalah sebanyak 3.05%.

Agihan itu sekaligus akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN dengan anggaran peruntukan RM266.17 juta. Jumlah agihan sekaligus menjadikan keseluruhan agihan dividen Simpan SSPN sejak 2004 telah mencapai jumlah RM1.33 bilion.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kadar dividen diperhatikan lebih berdaya saing dan lebih tinggi berbanding agihan tahun 2021 sekitar 3.00%.

Pencapaian ini untuk makluman didorong hasil penyertaan yang membrangsangkan pada medium Simpan SSPN bagi tahun 2022. Maka untuk menghargai kesetiaan pendeposit, ganjaran kesetiaan sebanyak 1% akan diberikan kepada pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime dari tahun 2004 hingga 31 Disember 2019.

Melalui agihan itu ia akan berterusan memberi galakan kepada pengguna negara untuk meningkatkan lagi amalan budaya menabung demi kesejahteraan pendidikan di masa hadapan.