Sejak kebelakangan ini, beberapa syarikat gergasi mulai bertindak memberhentikan sebilangan pekerja korporat mereka dan langkah tersebut dilihat turut akan diambil oleh Apple dalam tempoh terdekat.
Mengikut makluman Reuters, dijangka sejumlah kecil pekerja korporat melibatkan bahagian pemasaran runcit akan terkesan berdasarkan perancangan ini. Berdasarkan perkongsian semasa, tiada sebarang pendedahan berhubung jumlah petugas yang akan terjejas dan dijangka ia adalah bilangan kecil.
Namun melihat pada persekitaran ekonomi semasa yang merudum bersama tekanan kadar faedah yang tidak seimbang – ini secara langsung turut meningkatkan lagi tekanan operasi pada syarikat korporat antarabangsa. Selain Apple, Meta sebelum ini telah melaksanakan pemberhentian petugas seramai 10,000 pekerja terjejas.