Artikel

MOF : Pemain Vape Diberi Masa Sehingga 30 April Daftar Aktiviti Pengilangan, Elak Dikompaun

Ekoran pengecualian cecair atau gel vape bernikotin pada senarai Akta Racun 1952, kini produk tersebut telah mula dikuat kuasa pengenaan cukai RM0.40 sen bagi setiap mililiter (ml). Maka tindakan pengenaan duti eksais ini sekaligus menuntut pemain industri yang mengeluarkan produk cecair vape bernikotin untuk tampil mendaftarkan aktivit pengilangan mereka bersama Jabatan Kastam negara sehingga 30 April ini.

Kegagalan berbuat demikian, akan membawa kepada pengenaan undang-undang dan tuntutan denda.

Arahan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) ini selari dengan tindakan pentadbiran untuk menyegerakan usaha pendaftaran dalam membantu negara melancarkan pematuhan industri dan kutipan cukai menjelang Mei 2023 kelak.

Melalui usaha ini, separuh atau 50% daripada kutipan duti eksais tersebut dimaklumkan akan diperuntukan semula pada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan negara.