Artikel

Nilai Import Makanan Malaysia Naik Lebih RM75 Bilion – Bagi Tahun 2022

Setelah menyaksikan peningkatan nilai import agromakanan di Malaysia sekitar RM63.59 bilion bagi 2021, kini data untuk 2022 terus memaparkan lonjakan apabila mencatatkan nilai import makanan kepada RM75.54 bilion.

Data ini menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada sidang Parlimen, ia didorong hasil komoditi yang memaparkan nilai import tertinggi seperti :

  • Kopi, koko, teh, rempah
  • Bijirin dan sediaan bijirin
  • Keluaran dan sediaan makanan lain
  • Bahan makanan ternakan
  • Sayur-sayuran

Maka untuk melandaikan nilai import yang semakin tinggi ini, pelbagai inisiatif jangka pendek dan jangka panjang sedang diusahakan . Antaranya negara akan perkasakan pengeluaran ikan makanan melalui akuakultur, iaitu dengan nisbah 60:40 berbanding perikanan tangkapan. Diikuti perluaskan penternakan secara fidlot untuk pemerkasaan lembu pedaging dan laksana program Smart Sawah Berskala Besar – dengan sasaran hasil padi kepada 7.0 tan metrik.

Selain itu, untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber import – kerajaan kini dalam usaha hasilkan pengeluaran jagung bijan sebanyak 600,000 tan metrik, hasil itu dijangka dapat kurangkan 30% bahan import ternakan menjelang 2032. Diikuti dengan usaha perkasakan industri benih tempatan pada arena pertanian dan bangunkan bahan makanan ternakan alternatif seperti Black Soldier Fly (BSF) dan Palm Kernal Expeller (PKE)/Palm Kernel Cake (PKC).

Sementara berhubung nilai eksport agromakanan pula, negara turut memaparkan peningkatan yang positif apabila meraih RM44.55 bilion. Antara komoditi yang mencaai nilai eksport yang tinggi adalah seperti berikut ;

  • Kopi, koko, teh, rempah
  • Bijirin dan sediaan bijirin
  • Ikan, moluska, krustasea
  • Hasil tenusu
  • Buah-buahan