Artikel

Jumlah Pembeli Kereta Dalam Kalangan Wanita Kini Melonjak 308% – Carsome

Senada dengan sahutan negara untuk memperkayakan penyertaan wanita dalam pasaran ekonomi – Carsome melalui inisiatif Women Take The Wheel kini akan dilaksanakan di pasaran Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pemerkasaan program ini akan mengutamakan tindak-balas pengguna wanita berhubung keperluan dan kekangan yang didepani mereka ketika menjalani proses pemilikan kenderaan terpakai. Lebih terperinci dibawah program ini, Carsome turut akan mengutamakan fahaman pengguna berhubung aspek teknikal, pandu uji dan aspek keselamatan pemanduan.

Malah berdasarkan tinjauan Carsome, jumlah bilangan pembeli kereta dalam kalangan wanita juga semakin meningkat, sekitar 308% pada tahun 2022. Ini lebih meningkat berbanding tahun 2021.

Pertambahan ini secara langsung akan membantu Carsome meningkatkan lagi kecekapan mereka, untuk memahami perhatian pengguna wanita berhubung industri automotif. Susulan itu, difahamkan sejumlah cawangan telah ditambah-baik bagi meningkatkan pengalaman pengguna wanita – antaranya di PJ Automall, Kepong,Puchong, Kelana Jaya, Klang, Melaka, Seremban, Skudai, Ipoh dan Bayan Lepas.