Artikel

Negeri Sembilan Sasar 30% Lot Setiap Bazar Ramadan Tawar Menu Rahmah 

Menjelang ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan kini merancang sekurang-kurang 30% lot di bazar Ramadan negeri untuk menawarkan hidangan Menu Rahmah kepada pengguna.

Bagi peringkat awal perbincangan akan dilaksana bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan para penganjur bazar Ramadan negeri. Setakat ini, KPDN negeri memaklumkan turut akan laksana Bazar Rahmah yang melibat 60 penganjur bazar di daerah Seremban.

Perluasan inisiatif itu menurut laporan akan dilaksanakan secara berperingkat di lokasi daerah lain.

Lebih menarik, usaha penawaran jualan lebih rendah ini turut akan memperkasakan penggunaan dompet digital pada sesi jual-beli bazar kelak di mana terdapat penawaran token dompet digital akan diberi kepada para peniaga dan pengunjung bazar kelak.