Sekiranya tahun 2020, Malaysia berjaya mengatasi China dengan menjadi antara negara Asia miliki kadar berat badan yang berlebihan tinggi, kelak beberapa tahun mendatang didapati 41% rakyat dewasa negara ini berpotensi berdepan isu obesiti – menjelang tahun 2035.
Laporan CodeBlue berdasarkan tinjauan World Obesity Atlas 2023 ini memperincikan, jangkaan tersebut mampu memberi kesan kepada struktur ekonomi dan sistem kesihatan negara. Iaitu berdasarkan anggaran ekonomi berpotensi berdepan ketirisan sekitar 2.8% daripada KDNK negara iaitu bersamaan RM90.1 bilion.
Diikuti kesan pada kos kesihatan pula sekitar RM9.79 bilion.
Berlandaskan tinjauan baharu juga diramalkan kadar obesiti dewasa negara akan meningkat sebanyak 4.7% setiap tahun sehingga tahun 2035. Sementara kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak pula diramal akan meningkat sebanyak 5.3% setiap tahun sehingga 2035.
Setakat ini, mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) bagi tahun 2019, untuk kumpulan dewasa negara berusia 18 tahun dan ke atas didapati 19.7% daripadanya berdepan kadar obesiti yang berisiko. Menerusi jumlah semasa ini, maka potensi lonjakan kadar obesiti adalah tinggi ekoran perubahan tabiat pemakanan negara yang semakin terdedah akan amalan makanan segera dan minuman manis.
