Kebelakangan ini, terdapat permasalahan teknikal berlaku pada perkhidmatan aerotrain yang sekaligus membawa kepada penangguhan khidmat tersebut kepada para pengguna KLIA.
Susulan kesulitan tersebut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan penyediaan khidmat bas ulang-alik akan tersedia untuk memenuhi kekerapan perjalanan para penumpang. Buat pengetahuan, tren ini beroperasi selama 17 jam setiap hari, ekoran kualitinya telah begitu lama secara langsung meningkatkan lagi risiko isu teknikal.
Berdasarkan maklumat pelan naik-taraf ini telah diumumkan sejak September 2022 lalu, dan fasa kedua proses pemulihan telah bermula pada Mac ini serta dijangka akan diselesaikan menjelang 2025 kelak.