Sekiranya Ramadan tahun lalu, Malaysia mencatatkan kutipan sisa domestik meningkat kepada 40,000 tan metrik sisa – dijangka Ramadan 2023 bakal memperlihatkan rekod yang lebih tinggi jika tiada sebarang usaha untuk mengurangkan pembaziran dalam kalangan pengguna. Anggaran ini adalah sekitar lebih 75,000 tan metrik sisa makanan berpotensi dijana rakyat negara.
Anggaran ini menurut Solid Waste Management and Public Cleansing Corp (SWCorp) memaparkan lonjakan 15% dan memperlihatkan sekitar 19,228 tan metrik sisa makanan mampu dijana setiap hari di seluruh negara.
Buat pengetahuan umum, isu pembaziran ini sekaligus membawa kepada punca utama pencemaran di negara. Ini kerana peningkatan sisa makanan akan mengakibatkan lambakan pada tapak pelupusan dan ia secara terus memberi kesan kepada persekitaran semasa rakyat negara.
Berdasarkan tinjauan, secara purata dalam sehari terdapat penghasilan 38,000 tan sisa dan didapati 44% daripadanya adalah sisa makanan di Malaysia.
Malah peningkatan sisa juga tidak hanya berlaku ketika Ramadan, tetapi semasa musim perayaan juga kutipan sisa ini meningkat sehingga 20%.
Mengikut laporan, untuk menggandakan usaha kesedaran SWCorp akan laksana kempen pendedahan pengurusan sisa di 7 buah negeri meliputi Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.