Artikel

Pasaran Produk Kayu Malaysia Melonjak, Berpotensi Capai Nilai RM28 Bilion

Pengukuhan industri perabot negara dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun, apabila ketika ini berupaya meningkatkan aliran eksport ke lebih 160 buah negara di seluruh dunia.

Selaku pengeksport komponen perabot utama di peringkat antarabangsa, setakat 2022 nilai eksport negara pada segmen ini berjaya merekodkan RM11.5 bilion. Ini lebih tinggi berbanding nilai eksport RM10.64 bilion (2020) dan RM10.42 bilion (2021).

Menerusi perluasan permintaan perabot negara ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi negara pada MIFF 2022 menyatakan potensi ini turut akan didorong pengukuhan nilai pasaran kayu Malaysia. Untuk makluman dijangkan nilai eksport kayu dan produk kayu akan mencapai RM28 bilion menjelang 2025 dan RM32.8 bilion menjelang 2030 kelak.

Usaha ini selari dengan agenda Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) yang meletakkan matlamat produk ini menjadi antara pemacu pertumbuhan Malaysia.

Sehingga Januari 2023, untuk makluman sejumlah 37 unit pengurusan hutan merangkumi kawasan seluas 5.81 juta hektar telah diiktiraf di bawwah Skim Pensijilan Kayu Malaysia, diikuti 362 syarikat kayu pula telah menerima Sijil Rantaian Jagaan.