Artikel

Inflasi Malaysia Kini 3.7%, Namun Kos Makanan Masih Tinggi – DOSM

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi pengukur kepada paras inflasi utama  Malaysia, kini diparas 3.7% – kekal meningkat bagi data bulan ke bulan walaupun pada kadar yang lebih perlahan – iaitu naik 0.2%.

Tinjauan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menunjukkan meskipun kadar itu lebih rendah  berbanding Disember 2022 dengan 3.8% namun peningkatan secara perlahan ini diperhatikan telah disumbang oleh kumpulan Restoran dan Hotel (6.8%), diikuti Makanan dan Minuman bukan alkohol (6.7%) serta Pengangkutan (4.0%).

Kenaikan inflasi juga turut dicetus oleh bahagian Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan isi rumah (3.5%), Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan (2.7%), Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.3%), Kesihatan (1.6%), Perumahan-Air-Elektrik-Gas-Bahan Api (1.5%) dan Pendidikan (1.3%).

Malah data turut menunjukkan kebanyakkan kategori makanan dan minuman memaparkan peningkatan harga, walaupun kenaikan sedikit perlahan. Antaranya daging naik 8.3% diikuti buah-buahan 4.4%, ikan dan makanan laut 3.2% serta sayur-sayuran 1.0%

Sementara susu, keju dan telur (7.0%), beras, roti dan bijirin lain (6.7%), gula, jem, madu dan manisan naik (3.4%) serta minyak dan lemak 0.7%.

Manakala itu inflasi makanan di rumah pula naik di paras 5.1% dan makanan di luar rumah pula mereda 9.3%.

Mengikut perincian negeri pula, didapati terdapat 5 buah negeri catatkan paras inflasi lebihi paras kebangsaan iaitu 3.7%. Di mana Wilayah Persekutuan Putrajaya (5.9%), Sarawak (4.3%), Selangor (4.2%), Johor (3.8%) dan Pahang (3.85).