UiTM Holdings Sdn Bhd, yang bertindak selaku firma pegangan pelaburan penuh milik entiti pendidikan negara tersebut kini dilaporkan telah alami kerugian terkumpul berjumlah RM157.04 juta – bagi tempoh 2017 sehingga 2021.
Kerugian itu mengikut Utusan Malaysia, telah memperlihatkan paras hutang yang terpaksa ditanggung UiTM Holdings sehingga 2021 adalah sekitar RM293 juta, di mana pada kadar 64%. Manakala liabiliti semasa pula adalah sekitar RM74.92 juta.
Jumlah kos itu secara langsung merangkumi penyertaan UiTM Holdings dalam 4 sektor perniagaan seperti teknologi, kreatif, kesihatan dan tenaga. Malah turut difahamkan, setelah diperbadankan pada Jun 2017, terdapat 8 anak syarikat beroperasi di bawahnya dalam sektor ekonomi sedemikian.
Mengikut perkongsian antara faktor yang menyumbang kepada kerugian besar adalah projek penerbitan filem.