Artikel

Malaysia Akan Lancar Pelan Galak Semula Rakyat Bekerja Di Luar Negara Pulang

Pada suku pertama tahun ini, Malaysia merancang melancarkan program baharu Malaysia@Heart (MyHeart) untuk menggalakkan rakyat tempatan yang bekerja di luar negara, bagi merancakkan pasaran tenaga buruh – di bawah Program Kepulangan Pakar (REP).

Melalui inisiatif tersebut, ini akan menghubungkan dan dapat bekerjasama dengan diaspora Malaysia. Bagaimanapun Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak memperincikan langkah tersebut.

Setakat tahun lalu, menurut TalentCorp – Malaysia berjaya menarik 5,774 (0.33%) rakyat Malaysia untuk kembali melalui REP daripada jumlah individu yang berhijrah.

Selain membawa kembali bakat negara, kementerian turut akan perkenalkan Indeks Latihan Kebangsaan (NTI) untuk tingkatkan kemiharan dan kemahiran semula tenaga buruh.