Artikel

Tarif Gas Jana Elektrik Turun Mulai 1 Januari 2023 Sehingga 31 Disember 2025

Bermula awal tahun hadapan, kabinet telah bersetuju untuk mengurangkan tarif purata asas penggunaan kemudahan gas yang perlu dibayar bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2025 kelak. Untuk makluman, ini adalah tarif untuk tenaga gas yang digunakan dalam menjana elektrik, dan bukannya untuk pengguna umum.

Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Ekonomi menyasarkan usaha itu membawa penjimatan dari segi kos penghantaran mengikut kategori pengguna sekitar RM5.5 juta hingga RM33.2 juta pada 2023. Diikuti pengagihan pengguna melibatkan kediaman, komersial dan industri pula sekitar RM4,000 hingga RM55.9 juta pada tahun 2023.

Inisiatif tersebut ia bergantung kepada jumlah isi padu penggunaan gas.

Buat pengetahuan umum, tarif baharu kemudahan gas ini melibatkan empat kemudahan gas iaitu terminal penggasan semula milik Regas Terminal (Sg Udang) Sdn Bhd (RGTSU), terminal penggasan semula milik Pengerang LNG (Two) Sdn Bhd (RGTP), talian paip penghantaran milik Petronas Gas Bhd (PGB) dan talian paip pengagihan milik Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd. (GMD).

Pada penjelasan lanjut pelarasan pendapatan serta purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh tersebut adalah purata tarif asas bagi RGTSU kekal seperti mana tempoh kawal selia pertama (RP1) pada kadar RM3.455/gigajoule (GJ)/hari.

Diikuti purata tarif asas bagi RGTP turut turun sebanyak 9.2% pada kadar RM3.165/GJ/hari berbanding RM3.485/GJ/hari dalam tempoh RP1 dan purata tarif asas bagi PGB juga turun sebanyak 5.8% pada kadar RM1.063/GJ/hari berbanding RM1.129/GJ/hari bagi tempoh RP1.

Purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2023 adalah RM1.061/GJ/hari selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.002/GJ/hari.

Seterusnya purata tarif asas bagi GMD kekal seperti mana tempoh RP1 pada kadar RM1.573/GJ/hari. Purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2023 adalah RM1.535/GJ/hari selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.038/GJ/hari.