Artikel

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Pada Kadar 4.0% Pada November 2022

Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini telah mengeluarkan indeks harga pengguna terbaru untuk bulan November 2022, memperlihatkan kadar inflasi Malaysia kekal pada kadar 4.0% – sama seperti pada Oktober 2022 lepas.

Walaupun kekal, namun terdapat beberapa kategori memperlihatkan peningkatan – termasuk makanan yang meningkat kepada 7.3%, selain perkhidmatan rekreasi yang meningkat kepada 3.6%, dan pendidikan yang meningkat kepada 1.5%. Kadar inflasi untuk restoran dan hotel turut meningkat kepada 7.0%, kadar inflasi kesihatan yang meningkat kepada 1.4%, dan kadar inflasi pelbagai perkhidmatan & barangan meningkat kepada 2.6%.

Pengangkutan memperlihatkan penurunan kadar inflasi kepada 5.0% daripada 5.2% sebelum ini, selain perumahan, air, elektrik yang turut menurun kepada 1.4%.

Inflasi November