Bilangan penganggur Malaysia ketika ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 602,000 individu (3.6%). Memperlihatkan penurunan sebanyak 0.5% iaitu 3,000 individu bagi data Oktober 2022.
Data tenaga buruh di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini bagaimanapun masih mengekalkan kadar pengangguran sekitar 3.6% – di mana 0.3% lebih tinggi berbanding data sebelum pandemik COVID-19 sebelum ini.
Mengikut penjelasan data, 81.6% daripada jumlah pengganguran itu dikategorikan sebagai penganggur aktif seramai 491,300 individu, diikuti 18.4% iaitu 110,700 penganggur tidak aktif dicatatkan DOSM pada tempoh tersebut.
Berdasarkan aliran menganggur ini, ternyata sekitar 6.3% telah menganggur lebih dari setahun, diikuti menganggur kurang dari 6-12 bulan (11.6%), 3-6 bulan (21.7%) dan kurang dari 3 bulan pula 60.5%. Manakala mengikut peringkat usia penganggur pula, kumpulan 15 tahun hingga 30 tahun telah memaparkan peningkatan ketara paras menganggur kepada seramai 476,900 penganggur.
Untuk makluman – penganggur aktif dikategorikan sebagai mereka yang bersedia dan aktif mencari pekerjaan, kumpulan ini berbeza dengan penganggur yang tidak aktif – individu tidak mencari pekerjaan secara aktif, mecari pekerjaan mengikut tahap kesihatan atau masih menanti keputusan permohonan.

Sementara itu, ini pula senarai penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan mereka setakat Oktober 2022;
- Seramai 12.2 juta penduduk bekerja adalah pekerja
- Seramai 2.83 juta penduduk bekerja adalah bekerja sendiri
- Seramai 495,200 penduduk bekerja adalah pekerja keluarga tanpa gaji
- Seramai 552,400 penduduk bekerja adalah majikan
