Pengukuhan nilai dolar AS bersama kemerosotan harga minyak mentah ketika ini dilihat telah membawa kesan kepada penyusutan nilai Ringgit berbanding kenaikan yang dicatatkan minggu lalu berbanding dolar AS.
Pada pagi ini, Ringgit telah menyusut kepada 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada penutupan minggu lalu, Jumaat pada 4.4795/4890.
Penurunan tersebut diperhatikan turut disokong tindakan peniaga yang tertumpu kepada dolar susulan kebimbangan akan ketidaktentuan ekonomi global dan pengumuman kadar faedah baharu yang akan diketahui pada Rabu minggu ini oleh Rizab Persekutuan (Fed).
Menurut pemerhatian SPI Asset Management, permintaan dolar AS telah berubah apabila Fed pada Isnin telah menukar nada memberi gambaran akan kenaikan semula kadar faedah yang sebelum ini dimaklumkan akan dilaksana lebih perlahan.